Ibu alami masalah susu badan sikit?

Ibu alami masalah susu badan sikit? />

"Baru masuk kerja, susu badan sikit je."

Pasti ramai ibu ibu yang mengalami masalah begini. dalam cuti pantang susu melimpah ruah.

Bila naik kerja, stress pula di tempat kerja.

Susu badan sikit je dapat dari perahan tak mampu tampung demand anak.

Terlebih dahulu ibu harus kenalpasti punca mengapa susu badan sikit.

Boleh jadi stress di tempat kerja, stress sebagai ibu pertama kali, stress tak capai demand anak.

Bila dah kenalpasti punca, baru ibu ibu lebih mudah selesaikan masalah susu badan sikit.

Di sini Sarah kongsikan beberapa tips tips yang boleh diamalkan ibu ibu untuk mengatasi masalah susu badan sikit dan untuk menambah susu badan.

#1. Jangan stress, bertenang.

Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan kerjaya, sehingga menyebabkan stress.

Bila stress susu badan pun sikit.

Apakata ibu-ibu cuba amalkan berselawat dan berzikir ketika mengepam susu. Ataupun pasang alunan zikir munajat ketika mengepam. InsyAllah aliran susu akan lancar.

#2. Berfikiran positif

Nak dekat bulan puasa ni, mulalah dah set minda,

"Eh, cukup ke susu badan bulan puasa ni?

Kalau tak makan macam mana nak hasilkan susu?confirm susu badan sikit".

Ibu-ibu harus terapkan dalam minda, susu sentiasa ada untuk anak dan cukup untuk anak.

Selalu berdoa "Ya Allah cukupkan susu untuk anakku ya Allah."

#3. Banyakkan minum air suam.

Air suam memang terbukti melancarkan peraliran darah secara tak langsung susu pun lancar keluar. Tak percaya cuba amalkan dari sekarang.:)

#4. Jaga jadual mengepam.

Nah inilah punca kebanyakan ibu bekerjaya mengalami masalah susu badan sikit.

Jadual pam tak konsisten.

Waktu dalam pantang kita berada 24jam dengan bayi. Boleh kata setiap 2 jam sekali bayi akan menyusu.

Bila mula berkerja, waktu menyusu dan lari, sebab itu kita harus mengepam setiap 3 jam sekali supaya supply vs demand tercapai.

#5. Amalkan sapu Essential Oil

Minyak bukan sebarang minyak