My Gentle Birth Love Story

 Birth of Nuha Azzahra

3.5.2017 3pm

Petang tu kul3 ada appoinment urut saraf kat Spa Al Fateh Alam Impian Shah Alam.

Konon konon nak betulkan kot ade urat tersimpul ke maklumla mengandung ni urat smua bersimpul. Kot la sebab urat tak betul aliran darah ke rahim tak lancar. Sebab tu takde rasa contraction sbb dah overdue. Hehe
Sambil tu nak ikhtiarkan betulkan kedudukan baby sebab last scan doktor kata dalam kedudukan posterior, maksudnya kepala hadap depan tu. Yg biasa hadap punggung ibu.

nampak tak kedudukan kepala posterior tu baby hadap depan? orang kata labour lagi lama,

sekali terapi rm60 murah kot!

8pm

Tetibe lepas magrib,rasa senggugut tu selang 5minit. Pakai contraction timer. Betul ke nak beranak ni?? Wasap Dr Zana Zalinda, dia kata ada turun darah ke lendir darah ke? Atau dah sakit sangat tak tahan baru datang hospital. So far masih bertahan.

9pm

Sempat solat Isyak. Tapi dalam masa yang
 dah mula rasa sakit kuat. Dah tak tengok cntraction timer. Hanpon entah ke mana.

Masa ni keluar ulang alik toilet konon rasa nak terberak. Sambil tu duk atas gymball.but its not helping me a lot. Sometimes merangkak. Mencangkung pun tak boleh dah. Deep breathing every contraction. Masa takde contraction tarik nafas sebanyak mungkin. Bayangkan hantar nafas ke baby. Sambil bayangkan bloom flower bunga mengembang setiap kali contraction. Peluk hubby pun tak berkesan. Baik layan surge sendiri!
Haha more focus on me!